rambut ni time ak form 5..ic ak rmbt ni..hahaha..rambut bontot...
~ Selamat hari Guru ~
Salam....
Hmm... bertemu kembali selepas praktikum... Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah pada sume dak2 akaun batch 2006/07 coz berjaya menghabiskan praktikum 14 minggu di sekolah masing-masing.... Hope korang sume enjoy dan berjaya menjadi CIKGU BITARA!!!
Aku juga ucapkan SELAMAT HARI GURU buat pertama kali bagi diri kita sendiri dan semua guru-guru yang telah menjdai guru.... Hmm aku harap sangat sesibuk mana pon korang, jgn lupa pada blog nie... Ini ja satu2 medium untuk kita keep in touch k....
Hmm pape pun, ak harap kita sume dapat berjumpa pada hari yang ditunggu2 oleh kita sume selepas 4 tahun study di UPSI, KONVOKESYEN... aku dengar ura-ura berita bahawa konvo kita pas hari raya... maybe 1st week pas hari raya.... yg istimewanya Konvo bulan september ini ialah kita akan konvo selama 10 hari... pasti meriah di SITC.... dan kalo dah september konvo, sah2 posting lewat kot....
hmm pape pon.... sama2 kita nantikan hari bersejarah itu....
akhir kata: Jom ber pk lagi.... hahaha
from ika
salam...sume kwn2 ak ni mcm mana ngn sek???ok..ak alhamdulillah..cm dalam ckt ar sek ak..tp disiplin mmg mntp..pgtua sound direct jew kalau salah...dah ar2 mula2 dtg die ckp stdent UPSI xreti ngajo...huk..huk..xpe..2 cbrn..insyaALLAH ak wat yang terbaik tuk pulihkan nm UPSI..ak wish korg berjaya jugak...korg tau..sok ak dpt jadual..teros ngajo...xde ROS 2 minggu ni..terus je ngajo..mantap...rumah skn dh tau..ak umah biru...hidup biru...khamis ni de training...yeeaahaa..pas2 unit uniform ak pengakap 2...sukan plak biasa ar..netball..persatuan je xtau lagi....sukan nnt kena jd hakim masa...tekan watch jela ak...huhu...sabtu ni de kem...katanya bermalam...kitorg kn jd ajk ar tdo ngan dak2 skali...bes 2...setakat ni 2 jew la perkembangan ak...hehehe..xtau kn ngajo sbjek apa sbb xdpt time table lagi..korg pon citer ar...nk gak tau perkembangan kwn2 ak nih..observer ak pn zuraidah..yg ajo pemikiran...die ckp smpai dpn pintu sek br die nk col ak....hahahhaa....bala....sume...chaiyok2....
Result UBS...
Salam...
Kepada semua student akaun batch 2006/2007 yang bertungkus lumus menjawab exam UBS!!!
Result UBS dah keluar. Bagi yang ada tinggalkan sampul surat dan stem, En Shahrul akan post terus pada korang.
Bagi yang x bagi, korang kena g amik terus daripada En Shahrul A.S.A.P...
Selamat Berpraktikum aku ucapkan pada semua dak akaun and pastikan anda buat yang terbaik... Jumpa masa grade nanti. InsyaAllah!!!
Harap maklum!!!
selamat bercuti
Tq byk2 coz sama2 berjuang..
Akhirnya hbs jgk blaja kt UPSI nie..
Kita jmpe blk 5thn akan dtg..
Ak mintak maaf kalu ade slaah dan silap..
Maklum lh suka sgt menyakat korg..
Nk2 sya.huhuhu..
Walaupn dalam keputusan ni undian opie y paling banyak..
Tapi y paling tinggi adalah semua org..
Semuanya baik..hehehe[apply kaedah penyelidikan]
Gud luck semua praktikal nnt..
Pape jgn lupa update blog nie semua..
Bg keadaan tmpt praktikal..
Ak dh bg password bg y xde blog.
Y ade tingalkan email nnt ak add..
Y benar:PM Dr mohd al hafiz al hafiz a aziz
Moto: cepat mesra betul
Labels:Gambar, video, aktiviti, friendster aktiviti , Pengumuman
Jadual Exam Major Acct & Minor Business
4/11/2009 2.30 PM Kaedah Penyelidikan
5/11/2009 2.30 PM Kemahiran Sistem Perakaunan
11/11/2009 2.30 PM Isu Perakaunan Pengurusan
12/11/2009 2.30 PM Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan
Kepada semua major acct and minor business, hope kowg sume dah ready tuk hadapi final exam yg takhir di UPSI. Achit ucapkan selamat menghadapi peperiksaan dengan hati, jiwa yang tenang dan semoga kita dapat capai kejayaan.
PENEMPATAN PRAKTIKUM DAK2X ACC
SALAM.
SENARAI PRAKTIKUM UNTUK BUDAK-BUDAK KELAS KITA. CHECK IT OUT.
(Maklumat yang saya paparkan adalah maklumat yang 1st dikeluarkan oleh ULM. jadi kalau ada sebarang perubahan tempat praktikum anda sila tuliskan pada ruangan komen (nama sekolah latest) untuk membolehkan saya update yang terbaru.terima kasih~)
Labels:Gambar, video, aktiviti, friendster Pengumuman
DINNER
TO ALL MY FRENZ.....
SELAMAT BER DINNER HR SABTU NI....JDKAN KENANGAN DINNER NI MEMORI TERINDAH OK....PAKAI CANTIK2 TAU.....ALA2 DATIN N DATO; GITU
SELAMAT HARI RAYA ~SALAM EIDULFITRI~
Salam pembuka bicara…
Di kesempatan bulan berbahagia ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua budak2x account yg skema. Saya menyusun 10 jari memohon keampunan atas kesalahan saya sepanjang perkenalan kita semua. Kerana saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan khilaf. Akhir kata, selamat berjuang dengan assignment.peace (^_^)v
Yang ikhlas.
Mohd Noorasaari b. Basri
Labels:Gambar, video, aktiviti, friendster artikal
MAJLIS MALAM PRAGRADUAN
Pembetulan : hari bermesyuarat adalah pada hari RABU. after ambek gambar.nih muktamad.dh xde perubahan.harap maklum.
Labels:Gambar, video, aktiviti, friendster Pengumuman
RAMADHAN DATANG LAGI...
HARAPAN RAMADHAN-RAIHAN & MAN BAI
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Bait-bait lagu ini cukup indah. Cukup mengesankan. Ada nasihat. Ada ikhtibar yang cuba diungkapkan. Moga ianya menjadi pegangan untuk diri saya dan sahabat-sahabat semua.
Ramadhan datang lagi.
Namun ianya merupakan sesuatu yang terkadang membuat saya sebak. Sedih. Ramadhan yang terakhir buat kita semua sepanjang keberadaan dibumi Tanjung Malim ini. Mungkin juga ramadhan yang terakhir. Harapan moga ramadhan kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua.
Dikesempatan yang ada saya memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat-sahabat (dak akaun sem 7 yang skema) di atas segala kesalahan dan khilaf yang saya lakukan sepanjang kita bersama. Sungguh. Saya mengharapkan kemaafan dari sahabat-sahabat semua.
Akhir kata.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Moga amalan kita diterima ALLAH SWT.
Yang Ikhlas.
Mohd Noorasaari Basri.
21 Ogos 2009. 5.41 pm.
p/s : Harapnya ada lagi sem nih majlis berbuka puasa untuk kelas kita. Tlong handle pd sape yg berminat.saya dh bersara. Heee~
ayat-ayat di hati bukan di kpele (ok ka cam 2?)
Buat pertama kali aku post dalam blog ini, sebab ak memang x reti blog2 nie sebelum nie, owg Bandar cakap, BUTA IT. Hehehe!!! Kengkawan sume, aku nk bgtaw kowg sume pogram kita di Melaka 2 x jadi atas sebab2 yg x dpt nk dielakkan. So, ak serahkan smula tggungjawab nie pd pengarah pogram Datin Miza tuk tentukan langkah strusnya erk. Nie sebab H1N1 n En Zozli yg kami deal 2 dia br je trnasfer syarikat len n dia sibuk wat masa nie. So ak batalkan trus kontrak ngn dia 2. Aku hrp, owg yg bertggungjwb pas nie dpt wat terbaik, 2 pun kalo nk wat ar. Satu g pasl duit kowg 2, kowg tny Naim. Maybe dak2 2 ad prncangan len kot.
Hmm terlalu bnyk pengalaman ngn kowg sume spnjang 3 thun lbh nie. Mcm2 ragam n prngai kita dpt tgk. (termasuk aku gak ar).Dulu kurus, la nie, kurus jugak. Heheh... Ida, jgn makan hati yew!!! Maybe nie yg 1st n last ak post kot, sbb ak x de ms lah nk post2 blog nie. Aku enjoy kawan ngn kowg sume. Hope kowg sume x kecik hatilah ngn ak. Beselah gurau2 usik2 manja 2. heheh!!! Satu g x de yg speacial dlm kita bekawan, sume adalah kawan bese ja. (so jgn ad wat statement pas nie ak rapat ngn achit) pergh mnagis ayat 2. hehehe!!!!
Kowg sume hopefully akan jd cikgu yg baek nnT. Tp sblm kita p praktikum, kowg jgn lupa kita kena amik exam sem nie dulu. Dah ar xsiment sem nie lg ssh dr sem2 lps. Aku hrp kowg maapkan ak lah spnjang kita kenal di UPSI. (cehhh… mcm sok lusa x jmp ja ayat ak nie) hahaha!!!
Akhir kata (hopefully), ak enjoy kwn ngn kowg sume, yg rasa bedosa ngn ak 2, cpt2 mintak maap ngan ak erk. Hahaha. Aku bkn jenis yg berdendam. NnT ak kawin ak jmput kowg sume. Satu g, raya jgn lupa dtg umah ak gak k....
Semekom!!!
Antara Malam PraGraduan dan MELAKA!

Salam pembuka bicara.
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah (yekew.hehe)
Dah lama rasanya tidak menyumbang apa-apa buah fikiran dalam blog ini. Suram. Begitulah dari dulu sehingga kini. Agaknya budak-budak akaun semester 7 dah semakin busy. Almaklumlah dah semester 7. (ntah-ntah busy dengan facebook, friendster dll).
Tapi saya kira ianya bukanlah alasan untuk kita menyepikan diri. Sebaliknya manfaatkannya untuk hari-hari terakhir di UPSI yang tercinta ini.
Malam Pra graduan.
Bunyinya cukup gah. Ini mengingatkan pada diri saya bahawa sudah tidak lama saya akan berada disini sebagai seorang mahasiswa UPSI. Bakal seorang pendidik. (Saya menggunakan istilah pendidik berbanding seorang guru).
Tahun terakhir yang merupakan peringatan untuk kita semua bahawa kita bakal meneruskan perjalanan hidup masing-masing. Dengan halatuju tersendiri. Apakah semua kenangan selama berada disini akan diingati?
Saya tinggalkan dengan persoalan tersebut.
Melaka bandaraya bersejarah.
Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia.
Kata-kata tersebut adalah ingatan yang terlekat di fikiran saya ketika masuk ke sempadan Melaka melalui tol air keroh. Kali kedua dalam hidup melawat Melaka. (kali pertama bukanlah melawat tapi menghadiri program yang dianjurkan JMKLK 08/09). Tanggal 25-26hb julai 2009. Baru-baru ini sahaja berpeluang ke Melaka untuk bersiar-siar. Indah dan mempersona.
Malam Pragraduan dan Melaka.
Kedua-duanya mengingatkan saya kepada perancangan yang telah dipersetujui bersama.(harapnya begitu). Namun kita mempercayai bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
Ianya bukan mengenai kedua-duanya.
Namun ianya berkisar kenangan yang cuba dibina.
Saya telah melalui perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa. Sepanjang tiga tahun berada disini banyak kenangan diperoleh.sukar dilupakan. Melibatkan diri dengan aktiviti kemahasiswaan menjadikan kita lebih matang saya kira.
Tanya saja pada rakan-rakan kita.
Rashid. Yan shuang. Ika.
Semuanya akan mengatakan pengalaman dan kenangan tersebut cukup bermakna. Mungkin agak terlambat. Namun ada sesuatu yang kita masih belum terlambat untuk kita bersama.
… Malam Pragraduan dan Melaka.
Petang yang damai.
Arie
6 ogos 2009. 6.24 pm.
kenangan tika di ZOO melaka
SELAMAT KEMBALI
kepada sumer kengkawan..slmt kmbli ke upsi..dh final year kat sini..ni sem terakhir kita akan bersama2...sedih nyer nk pisah ngn korg sumer....pe2 pon tgl sthn lg utk berjuang..smga kita sume sukses slalu..
Wahai budak akaun sekalian
dok umah stady jea keje...
tau lh dh jd super duper senior..
dh jd senior kepada senior2 yang ada..
aktif lh skit...
bersukan ke..
ape kate kuar main bowling ke..
best jgk...
dinner pn xtau lg kat mn..
rashid pn malas nk cr tempat dh..
datin miza senyap jea..
xydp arie pn diam jgk..
ayopoo...
pape pn slmt kembali jadi skema kat upsi...
Syurga cinta

Syurga Cinta! Itulah filem pertama yang bakal dilakonkan oleh Heliza Helmi sebagai Heroin dan Awal Ashaari sebagai Hero..Heliza akan memulakan penggambaran pada 24/6 ini. Sedikit Sinopsis untuk Syurga Cinta Irham, berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut???
Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya terjawab dalam SYURGA CINTA....
Sape y xtgk lg tgk lh kat Pawagam Nanti
Perjuangan kita...

Salam pembuka bicara.
“Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”
Secara sedar atau tidak kita telah pun melangkah ke tahun yang ketiga pengajian sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perjalanan yang cukup panjang namun dirasakan begitu singkat dilalui.
Teringat saya ketika pertama kali menjejakkan kaki di Universiti. Kagum. Bagaikan tidak percaya menjadi seorang mahasiswa. Ini kerana bukan semua orang diberikan peluang oleh sang Pencipta untuk mendapat kebahagian tersebut.
Pengalaman seminggu semasa Minggu suaikenal masih dalam ingatan saya. Bila berhadapan dengan pelajar baru ambilan disember 2008/2009, saya seolah-olah turut berada dalam diri mereka. Melalui pengalaman ketika menjejakkan kaki di menara gading. Megah. Namun itu kisah lama.
Masa sememangnya tidak akan menunggu kita. Jauh sekali untuk berhenti walaupun sesaat. Katanya ia sangat berharga. Benar. Itulah yang dilalui oleh kita semua. Saya cuba menilai semula segala perjalanan kisah hidup sepanjang di sini. Hanya tinggal 3 semester sebelum praktikum menanti. Apakah yang dapat dilakukan dengan masa sesingkat ini?
Cuma satu yang bermain difikiran saya pada ketika itu. Belajar bersungguh demi memenuhi hasrat keluarga tercinta. Namun pada masa yang sama saya terfikir. Adakah hanya dengan masa yang berbaki ini dihabiskan dengan mentelaah pelajaran sahaja?
Berfikir seketika. Saya teringat dengan kata-kata mantan Yang diPertua saya ketika di KHAR.
Belajar sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita seorang guru yang berjaya. Apa yang lebih penting adalah pengalaman yang dilalui dalam kita mencari ilmu untuk belajar.Katanya cukup mudah. Namun cukup bererti. Pengalaman menyertai aktiviti, program dan persatuan memberikan pengalaman yang cukup bermakna dalam menjadikan seorang bakal guru yang serba boleh. Tidak hanya tahu untuk memberikan ilmu bahkan mahir dalam pelaksanaan pentadbiran sesuatu program.

Kita tinggalkan seketika mengenai hal tersebut. Ini kerana apa yang saya ingin sampaikan jauh lebih penting lagi. Ianya mengenai semangat kebersamaan. Kebersamaan yang saya maksudkan ialah keinginan untuk bersama-sama dalam aktiviti yang dianjurkan. Saya focuskan kepada aktiviti yang dilaksanakan di bawah persatuan ”underground” kita. Seharusnya kita ada perasaan untuk mencipta kenangan bersama teman-teman. Saya terlihat betapa pentingnya semangat ini. Sungguh.
Ini kerana perjalanan kita di sini cukup pendek pada perkiraan saya. Kenangan hanya akan dirasai sendiri. Bukan dibeli. Kenangan bersama teman-teman itulah yang akan dirindui tika melangkah di alam pekerjaan. Semua itu tidak akan dapat dicari lagi. Hargai masa-masa yang ada untuk kita bersama-sama mencipta nostalgia. Kerana saya percaya suatu masa nanti saat itulah yang paling di kenang kelak. Hargai apa yang kita lalui bersama.
Sekian.
Persahabatan yang tiada tandingan.
Wasalam.


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

