Salam pembuka bicara.
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah (yekew.hehe)
Dah lama rasanya tidak menyumbang apa-apa buah fikiran dalam blog ini. Suram. Begitulah dari dulu sehingga kini. Agaknya budak-budak akaun semester 7 dah semakin busy. Almaklumlah dah semester 7. (ntah-ntah busy dengan facebook, friendster dll).
Tapi saya kira ianya bukanlah alasan untuk kita menyepikan diri. Sebaliknya manfaatkannya untuk hari-hari terakhir di UPSI yang tercinta ini.
Malam Pra graduan.
Bunyinya cukup gah. Ini mengingatkan pada diri saya bahawa sudah tidak lama saya akan berada disini sebagai seorang mahasiswa UPSI. Bakal seorang pendidik. (Saya menggunakan istilah pendidik berbanding seorang guru).
Tahun terakhir yang merupakan peringatan untuk kita semua bahawa kita bakal meneruskan perjalanan hidup masing-masing. Dengan halatuju tersendiri. Apakah semua kenangan selama berada disini akan diingati?
Saya tinggalkan dengan persoalan tersebut.
Melaka bandaraya bersejarah.
Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia.
Kata-kata tersebut adalah ingatan yang terlekat di fikiran saya ketika masuk ke sempadan Melaka melalui tol air keroh. Kali kedua dalam hidup melawat Melaka. (kali pertama bukanlah melawat tapi menghadiri program yang dianjurkan JMKLK 08/09). Tanggal 25-26hb julai 2009. Baru-baru ini sahaja berpeluang ke Melaka untuk bersiar-siar. Indah dan mempersona.
Malam Pragraduan dan Melaka.
Kedua-duanya mengingatkan saya kepada perancangan yang telah dipersetujui bersama.(harapnya begitu). Namun kita mempercayai bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
Ianya bukan mengenai kedua-duanya.
Namun ianya berkisar kenangan yang cuba dibina.
Saya telah melalui perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa. Sepanjang tiga tahun berada disini banyak kenangan diperoleh.sukar dilupakan. Melibatkan diri dengan aktiviti kemahasiswaan menjadikan kita lebih matang saya kira.
Tanya saja pada rakan-rakan kita.
Rashid. Yan shuang. Ika.
Semuanya akan mengatakan pengalaman dan kenangan tersebut cukup bermakna. Mungkin agak terlambat. Namun ada sesuatu yang kita masih belum terlambat untuk kita bersama.
… Malam Pragraduan dan Melaka.
Petang yang damai.
Arie
6 ogos 2009. 6.24 pm.
kenangan tika di ZOO melaka
Antara Malam PraGraduan dan MELAKA!
Dicatat oleh
ariess_rezz
Khamis, 6 Ogos 2009
2 ulasan:
dh bpuluh kali dh aku pusing bandar 2...dh puas dh
tmpt lain ah plak
jom g ganu
Catat Ulasan