Pembetulan : hari bermesyuarat adalah pada hari RABU. after ambek gambar.nih muktamad.dh xde perubahan.harap maklum.
MAJLIS MALAM PRAGRADUAN
Labels:Gambar, video, aktiviti, friendster Pengumuman
RAMADHAN DATANG LAGI...
HARAPAN RAMADHAN-RAIHAN & MAN BAI
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Bait-bait lagu ini cukup indah. Cukup mengesankan. Ada nasihat. Ada ikhtibar yang cuba diungkapkan. Moga ianya menjadi pegangan untuk diri saya dan sahabat-sahabat semua.
Ramadhan datang lagi.
Namun ianya merupakan sesuatu yang terkadang membuat saya sebak. Sedih. Ramadhan yang terakhir buat kita semua sepanjang keberadaan dibumi Tanjung Malim ini. Mungkin juga ramadhan yang terakhir. Harapan moga ramadhan kali ini memberi seribu satu makna kepada kita semua.
Dikesempatan yang ada saya memohon seribu kemaafan kepada semua sahabat-sahabat (dak akaun sem 7 yang skema) di atas segala kesalahan dan khilaf yang saya lakukan sepanjang kita bersama. Sungguh. Saya mengharapkan kemaafan dari sahabat-sahabat semua.
Akhir kata.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Moga amalan kita diterima ALLAH SWT.
Yang Ikhlas.
Mohd Noorasaari Basri.
21 Ogos 2009. 5.41 pm.
p/s : Harapnya ada lagi sem nih majlis berbuka puasa untuk kelas kita. Tlong handle pd sape yg berminat.saya dh bersara. Heee~
ayat-ayat di hati bukan di kpele (ok ka cam 2?)
Buat pertama kali aku post dalam blog ini, sebab ak memang x reti blog2 nie sebelum nie, owg Bandar cakap, BUTA IT. Hehehe!!! Kengkawan sume, aku nk bgtaw kowg sume pogram kita di Melaka 2 x jadi atas sebab2 yg x dpt nk dielakkan. So, ak serahkan smula tggungjawab nie pd pengarah pogram Datin Miza tuk tentukan langkah strusnya erk. Nie sebab H1N1 n En Zozli yg kami deal 2 dia br je trnasfer syarikat len n dia sibuk wat masa nie. So ak batalkan trus kontrak ngn dia 2. Aku hrp, owg yg bertggungjwb pas nie dpt wat terbaik, 2 pun kalo nk wat ar. Satu g pasl duit kowg 2, kowg tny Naim. Maybe dak2 2 ad prncangan len kot.
Hmm terlalu bnyk pengalaman ngn kowg sume spnjang 3 thun lbh nie. Mcm2 ragam n prngai kita dpt tgk. (termasuk aku gak ar).Dulu kurus, la nie, kurus jugak. Heheh... Ida, jgn makan hati yew!!! Maybe nie yg 1st n last ak post kot, sbb ak x de ms lah nk post2 blog nie. Aku enjoy kawan ngn kowg sume. Hope kowg sume x kecik hatilah ngn ak. Beselah gurau2 usik2 manja 2. heheh!!! Satu g x de yg speacial dlm kita bekawan, sume adalah kawan bese ja. (so jgn ad wat statement pas nie ak rapat ngn achit) pergh mnagis ayat 2. hehehe!!!!
Kowg sume hopefully akan jd cikgu yg baek nnT. Tp sblm kita p praktikum, kowg jgn lupa kita kena amik exam sem nie dulu. Dah ar xsiment sem nie lg ssh dr sem2 lps. Aku hrp kowg maapkan ak lah spnjang kita kenal di UPSI. (cehhh… mcm sok lusa x jmp ja ayat ak nie) hahaha!!!
Akhir kata (hopefully), ak enjoy kwn ngn kowg sume, yg rasa bedosa ngn ak 2, cpt2 mintak maap ngan ak erk. Hahaha. Aku bkn jenis yg berdendam. NnT ak kawin ak jmput kowg sume. Satu g, raya jgn lupa dtg umah ak gak k....
Semekom!!!
Antara Malam PraGraduan dan MELAKA!
Salam pembuka bicara.
Bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah (yekew.hehe)
Dah lama rasanya tidak menyumbang apa-apa buah fikiran dalam blog ini. Suram. Begitulah dari dulu sehingga kini. Agaknya budak-budak akaun semester 7 dah semakin busy. Almaklumlah dah semester 7. (ntah-ntah busy dengan facebook, friendster dll).
Tapi saya kira ianya bukanlah alasan untuk kita menyepikan diri. Sebaliknya manfaatkannya untuk hari-hari terakhir di UPSI yang tercinta ini.
Malam Pra graduan.
Bunyinya cukup gah. Ini mengingatkan pada diri saya bahawa sudah tidak lama saya akan berada disini sebagai seorang mahasiswa UPSI. Bakal seorang pendidik. (Saya menggunakan istilah pendidik berbanding seorang guru).
Tahun terakhir yang merupakan peringatan untuk kita semua bahawa kita bakal meneruskan perjalanan hidup masing-masing. Dengan halatuju tersendiri. Apakah semua kenangan selama berada disini akan diingati?
Saya tinggalkan dengan persoalan tersebut.
Melaka bandaraya bersejarah.
Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia.
Kata-kata tersebut adalah ingatan yang terlekat di fikiran saya ketika masuk ke sempadan Melaka melalui tol air keroh. Kali kedua dalam hidup melawat Melaka. (kali pertama bukanlah melawat tapi menghadiri program yang dianjurkan JMKLK 08/09). Tanggal 25-26hb julai 2009. Baru-baru ini sahaja berpeluang ke Melaka untuk bersiar-siar. Indah dan mempersona.
Malam Pragraduan dan Melaka.
Kedua-duanya mengingatkan saya kepada perancangan yang telah dipersetujui bersama.(harapnya begitu). Namun kita mempercayai bahawa sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.
Ianya bukan mengenai kedua-duanya.
Namun ianya berkisar kenangan yang cuba dibina.
Saya telah melalui perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa. Sepanjang tiga tahun berada disini banyak kenangan diperoleh.sukar dilupakan. Melibatkan diri dengan aktiviti kemahasiswaan menjadikan kita lebih matang saya kira.
Tanya saja pada rakan-rakan kita.
Rashid. Yan shuang. Ika.
Semuanya akan mengatakan pengalaman dan kenangan tersebut cukup bermakna. Mungkin agak terlambat. Namun ada sesuatu yang kita masih belum terlambat untuk kita bersama.
… Malam Pragraduan dan Melaka.
Petang yang damai.
Arie
6 ogos 2009. 6.24 pm.
kenangan tika di ZOO melaka