Salam pembuka bicara
“bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”
Peperiksaan akhir semester telah pun berangkat pergi meninggalkan kita. Semoga peperiksaan kali ini membawa kebahagiaan kepada kita setimpal dengan usaha kita. Apa yang kite perolehi kelak bukan jaminan penuh untuk kita berjaya. Sebaliknya jadikan iktibar untuk kita menilai diri sendiri sejauh manakah ia mampu menjadikan diri kita seorang yang tidak mengenal erti kalah dalam meraih kejayaan. Baik di dunia mahupun di akhirat, insyaALLAH.
Bersempena dengan cuti semester yang baru bermula, saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain untuk menghiasinya dengan sesuatu yang bermakna. Jadikan cuti kali ini sebagai wadah untuk kita meningkatkan softskill kita. Sertailah program-program yang mampu memberi sesuatu yang pengalaman yang kelak berguna ketika di alam persekolahan. Semoga usaha ini menjadikan kita seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua situasi kelak.insyaALLAH.
Akhir kalam.
SELAMAT BERCUTI.
KETEMU LAGI DI SEMESTER HADAPAN.
Yang ikhlas.
Mohd Noorasaari b. Basri
20hb November 2008
SELAMAT BERCUTI...-Semoga bertemu lagi di semester 6-
Dicatat oleh
ariess_rezz
Khamis, 20 November 2008
0 ulasan:
Catat Ulasan