SELAMAT BERCUTI...-Semoga bertemu lagi di semester 6-





Salam pembuka bicara

“bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”

Peperiksaan akhir semester telah pun berangkat pergi meninggalkan kita. Semoga peperiksaan kali ini membawa kebahagiaan kepada kita setimpal dengan usaha kita. Apa yang kite perolehi kelak bukan jaminan penuh untuk kita berjaya. Sebaliknya jadikan iktibar untuk kita menilai diri sendiri sejauh manakah ia mampu menjadikan diri kita seorang yang tidak mengenal erti kalah dalam meraih kejayaan. Baik di dunia mahupun di akhirat, insyaALLAH.

Bersempena dengan cuti semester yang baru bermula, saya mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang lain untuk menghiasinya dengan sesuatu yang bermakna. Jadikan cuti kali ini sebagai wadah untuk kita meningkatkan softskill kita. Sertailah program-program yang mampu memberi sesuatu yang pengalaman yang kelak berguna ketika di alam persekolahan. Semoga usaha ini menjadikan kita seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua situasi kelak.insyaALLAH.

Akhir kalam.

SELAMAT BERCUTI.
KETEMU LAGI DI SEMESTER HADAPAN.


Yang ikhlas.
Mohd Noorasaari b. Basri
20hb November 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UNTUK SEMUA DAK ACC SEM 5





Salam pembuka bicara.

“Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”.

Debaran peperiksaan akhir semester semakin terasa. Saya percaya bahawa sahabat-sahabat sekalian merasakan seperti mana yang saya rasakan. Berjuang di medan pertarungan getir : sama ada memilih untuk menggapai KEJAYAAN atau menghadapi KEGAGALAN? Namun begitu saya percaya bahawa sahabat-sahabat semua menginginkan KEJAYAAN.

Di sebalik kejayaan digapai bagi setiap semester, terkadang saya terfikir sejauh manakah ILMU yang diperoleh di sini mampu digunakan sebaiknya ketika berada di sekolah kelak? Persoalan tersebut bermain di fikiran. Adakah KEJAYAAN mendapatkan PNGS yang tinggi pada setiap semester menjamin untuk kita menjadi seorang pendidik yang cemerlang kelak?jawapannya adalah terletak pada anda semua. Kerana saya percaya masing-masing punya pendirian dan kepercayaan yang di pegang. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.

Akhir kalam.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.
SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG.


p/s : usaha + doa + tawakal = insyaALLAH kita takkan jadi orang yang kecewa.



aku budak akaun

blog ni saje2 jea buat nk kumpul dak2 akaun yang skema yang ade kat upsi nie..so sape2 rase dia bdk akaun leh ah tinjau2 blog nie..