Salam pembuka bicara…
Salam ramadhan,
Bersyukur kehadrat illahi dengan limpah rahmat saya berpeluang untuk pertamanya kali untuk menulis sedikit coretan dalam blog ini. Terlebih dahulu bersempena dengan bulan ramadhan, bulan yang didalamnya penuh dengan kerahmatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslim dan muslimat terutamanya pelajar-pelajar AT 08, semoga amalan kita diterima oleh ALLAH s.w.t hendaknya. Bersama-samalah kita mendekatkan diri padaNya. Tidak hanya amalan mulia ini dilakukan pada bulan ramadhan ini sahaja, malahan ianya terus menerus untuk bulan-bulan berikutnya yang penuh dengan dugaan selepas berakhirnya pasungan kepada iblis laknatullah yang sentiasa sahaja mahu memesongkan anak-anak adam a.s. Moga berbekalkan iman yang kuat mampu kita untuk menghadapi bulan seterusnya dengan penuh kesyukuran dan ketaatan kepadaNya.(insyaALLAH).
Menyingkap kembali kisah setelah hampir berakhirnya 10 minggu kuliah, saya kira sekarang ini kita masih lagi dalam “mood assignment”. Begitu juga dengan saya. Masih banyak tugasan-tugasan yang membelenggu. Namun begitu saya kira walaupun kita terus menerus berjuang dalam menyiapkan tugasan, sebahagian besar daripada kita telah hanyut dengan debaran aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Tidak salah saya katakan bahawa ketika ini hati dan perasaan bertarung dengan rasional untuk menuntut perjuangan melawan keinginan untuk berada dirumah bersama keluarga. Kerinduan kepada keluarga. Kerinduan kepada sahabat-sahabat lama. Kerinduan kepada katil kesayangan dirumah. Kerinduan kepada haiwan peliharaan (sekiranya ada). Malah hati juga meronta-ronta ingin segera pulang ke rumah. Saya sudah sedia maklum dengan keinginan di setiap jiwa kerana saya juga merasakan sedemikian memandangkan saya juga ingin insan yang mempunyai naluri yang sama. (naluri yang saya maksudkan ialah naluri sebagai manusia). Baik, berbalik kepada tugasan, saya berharap sepanjang cuti khas yang bakal menjelang ini kita tidak lupa untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Isilah sebaiknya masa cuti yang ada dengan membuat tugasan (menyiapkan tugasan adalah salah satu bentuk ibadah) mahupun membantu keluarga menyiapkan keperluan raya seperti membuat kuih raya, mengemas rumah, mengecat rumah, menjahit langsir dan sebagainya. Ini memberi sedikit sebanyak kegembiraan kepada keluarga kita sempena menyambut lebaran ini. Semoga lebaran kali ini menjanjikan sesuatu yang bermakna pada diri kita.(insyaALLAH)
Sahabat sekalian,
Jika kita renungkan sebenarnya kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan illahi kepada kita. Betapa kita dikurniakan dengan limpahan rahmat dariNya. Bersyukurlah wahai sahabat-sahabatku. Ini kerana sekiranya kita mengambil iktibar daripada kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Mindanao, selatan Thailand, mereka berjuang mempertahankan agama Allah dan berjuang demi kebebasan yang telah dirampas oleh pihak-pihak tertentu. Mereka tidak pernah merasai kenikmatan dan keselesaan sebagaimana kita nikmati hari ini. Sedang kita terus hanyut dengan budaya membazir (membazir itu amalan syaitan) di atas keghairahan menyambut aidilfitri. Sekiranya tidak, alhamdullillah. Sedang kita menikmati juadah yang enak-enak, disana dibumi Allah yang diceroboh, saudara-saudara kita sedang menangis kehibaan. Mereka tidak merasai bagaimanakah rasanya apa yang dikatakan dengan bulan kemenangan. Sedang kita disini, menyambut kemeriahan Syawal melebihi menyambut datangnya Ramadhan yang kita cintai. Nasihat saya, ambillah ikhtibar diatas kesengsaraan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang terus menerus berjuang di jalan Allah. Marilah kita mendoakan kemenangan kepada mereka. Syahidnya di jalan Allah sebagai para syuhada. Amin.
Akhir kalam, setelah banyak mengingatkan sahabat-sahabat dan juga mengingatkan diri saya sendiri (keutamaan untuk mengingatkan diri sendiri), saya berharap marilah kita memperbanyakkan amalan kita bersempena Ramadhan yang semakin dipenghujung. Marilah bersama-sama kita mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan ; Lailatul Qadar. Semoga kita beroleh keampunan dariNya. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon seribu keampunan kepada sahabat-sahabat sekelian untuk memaafkan atas segala salah dan silap saya sepanjang menjadi insan kerdil di bumi Allah ini. ”memaafkan adalah dendam yang terindah”. Maafkan atas segala salah dan silap saya. Semoga dosa sesama insan terhapus dibulan yang penuh keberkatan ini. Harapan semoga kita saling memaafkan sesama manusia. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Semoga lebaran ini menjanjikan sesuatu yang bermakna.insyaALLAH.
Selamat hari raya Aidilfitri.
Ampun maaf dipinta.
Halalkan semua makan minum.
Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan.
Semoga kita menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Yang ikhlas ;
Mohd Noorasaari b. Basri
18 september 2008
3 ulasan:
ari ni(isnin)..YDP n Exco dia wat makan free..
pakat dtg surau taman segar
makan free..
bukak pose rmai2
kalu nk byr bleh jgk...
byr tuk akhirat..
sedekat kt masjid ke..
mknn x cukup...sian YDP yd xmkn..ish..kna report bhgn kebajikan nih~
Catat Ulasan