JUDUL BUKU: AKU TERIMA NIKAHNYA
PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com)
ISBN: 978-983-097-189-6
1. Marriage — Religious aspects — Islam
2. Family — Religious aspects — Islam
3. Domestic relations
PENERBIT: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
161-A, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-77260772
Faks: 03-77271796
www.galeriilmu.com.my
Salam kepada sahabat-sahabat sekalian,
”bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”. Begitulah ungkapan yang saya kira memberi kesan kepada jiwa saya selepas membaca buku ini. Cukup menyentuh jiwa dan rasional diri. Meresap ke dalam jiwa sedalam-dalamnya. Dengan gaya bahasa yang cukup mudah difahami mampu memberi keselesaan untuk pembacaan yang berbentuk santai. saya rasakan bahawa sahabat-sahabat lain juga seharusnya meluangkan sedikit masa untuk membaca bahan bacaan ini dan tidak hanya bergelumang dengan assignment dan buku rujukan kuliah. Sedikit sebanyak akan menghilangkan stress yang ditanggung.
Baik, bercakap mengenai buku ini,pada awalnya pertama kali saya membawa buku ini sebagai bahan bacaan , kawan-kawan saya ada yang mengusik saya ”amboi, dah tak sabar nk kahwin yew”..”jiwangnye kawan aku nih”...saya hanya tersenyum mendengar usikan tersebut. seharusnya saya menjawab ”dont judge book by it cover” (tapi jawab dalam hati je). Mungkin sedikit pujian kepada sahabat saya yang menegur. Mungkin mereka juga tertarik agaknya dengan buku tersebut(dengan andaian). Namun apa yang saya ingin sampaikan ialah bukannya berdasarkan apa yang sahabat-sahabat lihat kepada covernya . Apa yang lebih penting ialah kandungan dalamnya yang penuh dengan intipati-intipati yang berguna khususnya untuk golongan remaja dan awal dewasa yang masih tercari-cari dan sedang menjalinkan hubungan sesama insan. Suka untuk menceritakan sedikit refleksi berdasarkan pembacaan saya terhadap buku tulisan ustaz Hasrizal ini :
1. Bercinta seharusnya mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan agama.
- Islam itu indah. Begitulah apabila menjalinkan hubungan sesama manusia. Adakalanya kita terlalu mengikut hati dan perasaan remaja, sampaikan kita tidak tersedar apakah hubungan tersebut berlandaskan agama atau pun jauh terpisah dan terpesong dari tuntutan agama.(saya juga terkadang tidak terlepas dari melakukan dosa atas kelalaian diri.Ya Allah ampuni dosa ini). Saya begitu tersentuh dengan kisah hidup ustaz Hasrizal dimana beliau hanya menemui bakal isterinya buat pertama kali(sekarang dah sah jadi isteri beliau) ketika majlis pertunangan mereka. Kagum. Begitulah apa yang ada didalam fikiran saya ketika itu. Begitu indah. Tinggalkan sebentar mengenai kisah ustaz Hasrizal. Saya ingin lontarkan satu soalan untuk sahabat-sahabat sekalian. Pelikkah cinta tanpa bersms, keluar dating dan bercouple? Apa yang pelik ialah apabila ianya dihujani dengan perkara-perkara yang melalaikan sehingga hilang fokus belajar. Sejauh mana penilaian tentang CINTA adalah hak milik sahabat sekalian. Saya tidak akan mencampuri urusan itu. Masing-masing punya pandangan tersendiri. (bak kata Naim) Namun apa yang ingin saya highlight kan disini ialah apa pun hubungan yang dijalin sesama manusia ketahuilah bahawasanya ianya perlulah tidak merosakkan keindahan Islam itu sendiri (saya menasihati diri saya sendiri). Jangankan terlalu leka dengan CINTA sesama manusia sehinggakan terlupa dengan tujuan utama kita datang ke UPSI ini. InsyaALLAH saya yakin sahabat-sahabat memahami dengan apa yang saya sampaikan.
2. ”lelaki itu sembilan logik dan satu emosi, dan wanita pula sembilan emosi dan satu logik”.
- Fitrah manusia dijadikan untuk hidup berpasangan dan saling lengkap-melengkapi. Hidup saling melengkapi. Itulah antara sedikit tambahan ilmu yang berguna saya perolehi ketika pembacaan buku ini. Suatu ketika dahulu(tak lama dahulu), sehingga sekarang pun saya masih tertanya-tanya mengapakah sukar untuk memahami wanita. Bukan saya sahaja yang berfikiran begitu. Saya juga pernah di ajukan soalan yang hampir sama. Namun begitu, datang daripada sahabat saya yang berlawanan gender(wanita). Soalan beliau pada saya ”arie, kenapa begitu sukar untuk memahami lelaki?”. Saya terdiam seketika ketika diutarakan soalan sebegitu. Cuba untuk mencari apakah jawapan yang sesuai untuk jawapan tersebut sedangkan saya sendiri juga masih mencari jawapan untuk persoalan yang hampir sama. Namun ketika itu saya tertangkap dengan apa yang dikatakan oleh ustaz Hasrizal berdasarkan pengalaman dan pembacaan beliau mengenai apa yang dikatakan oleh imam Ghazali.”lelaki itu sembilan akal dan satu nafsu, dan wanita pula sembilan nafsu dan satu akal”. Begitu juga dengan pembacaan terhadap tulisan John Gray dalam bukunya yang bertajuk ”Men from are mars, women from are venus”(saya telah membeli buku tersebut, namun masih belum mampu menghabiskannya. Sekarang dipinjamkan buku tersebut pada ida ommei =) )yang mengatakan bahawa ”lelaki itu sembilan logik dan satu emosi, dan wanita pula sembilan emosi dan satu logik”. Saya teliti apa yang dikatakan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Ada jawapan kepada persoalan saya. Sebenarnya, fitrah manusia dijadikan berbeza-berbeza. Lihat sahaja apa yang dikata oleh kedua-dua tokoh besar tersebut. Lelaki dan wanita dianugerahkan dengan anugerah yang cukup besar daripada Allah s.w.t. perancanganNya cukup sempurna. Mengapa dijadikan lelaki dan wanita itu berbeza? Ini adalah kerana adam dan hawa adalah saling melengkapi. Dengan ada perbezaan maka barulah dunia ini indah. Adakah sahabat dapat membayangkan sekiranya lelaki dan wanita itu dijadikan sama? saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh John Gray didalam bukunya.
Not only do men and women communicate differently but they think, feel, percieve, react, respond, love, need, and appreciate differently. they almost seem to be from different planets, speaking different languages and needing different nourishment. Disebabkan perbezaan tersebutlah timbul persoalan mengapa ada kalanya mengapa lelaki sukar untuk memahami wanita dan wanita sukar memahami lelaki. Nah cukup mudah jawapannya. Kerana kedua-duanya adalah berbeza secara fitrahnya. Untuk makluman sahabat sekalian, corak pemikiran lelaki dan wanita adalah berbeza.(rujuk kembali apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali mahupun John Gray). Oleh yang demikian, lelaki akan berfikir dengan cara yang berbeza dengan wanita. Begitu juga dengan sebaliknya. Apabila wujudnya sifat kontra disitu maka terjadilah kesukaran dalam memahami pasangan masing-masing. Namun begitu, apa yang penting saya kira ialah kita tidak harusnya melihat kepada perbezaan tersebut tetapi fahamilah mengapa adanya perbezaan. Maka dengan sendirinya kita akan cuba memahami perbezaan tersebut dan memahami cara pemikiran pasangan anda.wallahualam.
3. cinta vs CINTA.
- Adakah saya benar-benar memahami apa yang dikatakan oleh cinta? Soalan tersebut menerjah ke dalam fikiran saya. Adakah cinta yang saya sedang alami ini sebenarnya cinta @pun sekadar mainan perasaan? Sedikit terbuka minda saya mencari jawapan kepada persoalan tersebut apabila sudah menjadi ”single” . akhirnya saya mendapat jawapan kepada persoalan tersebut. Syukur pada Allah dan syukran pada ustaz Hasrizal. Inilah yang saya cari selama ini. Jawapan kepada persoalan tersebut. Semuanya terkandung dalam buku “aku terima nikahnya”. saya cadangkan untuk sahabat sekalian memiliki buku tersebut. Wahai sahabat sekalian, kadang kala kita terlalai dengan nikmat dunia maka kita terus hanyut dengan hubungan sesama manusia. Tidak salah untuk kita bercinta. Namun apa yang penting ialah kita fahami apa yang dikatakan dengan cinta tersebut. Saya yakin apa yang sahabat sekalian rasakan sekarang hanyalah cinta dan bukanlah CINTA. Ianya tidak lebih daripada untuk mengisi kekosongan jiwa yang kesunyian. Lumrah hidup ketika remaja dan pada peringkat awal 20an ini. Cinta yang saya maksudkan ialah cinta yang wujud atas sebab kesunyian, inginkan teman yang memahami, daya tarikan fizikal(rupa paras) dan sebagainya. Jika inilah alasan kenapa sahabat sekalian menjalinkan hubungan cinta maka ianya adalah sekadar cinta. Tanpa memberi erti. Adakalanya cinta ini membawa kepada kemaksiatan (Ya Allah ampuni dosa yang telah hambamu ini lakukan tanpa sedar.-maksiat kecil mahupun besar). Sebaliknya perkara yang sebaiknya ialah kita mencari apa yang dikatakan CINTA. CINTA ini adalah berdasarkan kepada tanggungjawab yang besar. Didalamnya tersimpan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Saya katakan sedemikian kerana ada dikalangan kita hanya tahu bercinta tapi apakah anda pernah terfikir bahawa bercinta ini seharusnya meliputi TANGGUNGJAWAB selepas anda berkahwin kelak? Adakah anda terfikir bagaimana sukarnya TANGGUNGJAWAB selepas berkahwin kelak? Saya percaya kita hanya sekadar bercinta tapi bukan CINTA. Nasihat saya, kepada yang bakal bercinta mahupun sedang bercinta, carilah CINTA dan bukannya cinta.(saya menasihatkan diri saya). Mungkin ada kalangan sahabat-sahabat tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan. Agak sukar sebenarnnya untuk menerangkan dalam bahasa yang mudah. Molek kiranya andai sahabat membaca buku tersebut untuk penerangan yang lebih jelas oleh ustaz Hasrizal berkenaan cinta vs CINTA. (dah hampir sejam setengah saya menulis, keletihan agaknya sehingga tidak dapat menghurai dengan baik.maafkan saya). CINTA lah yang memandu kita kepada perancangan masa hadapan yang penuh dengan TANGGUNGJAWAB yang berat sebagai, insan, suami @ isteri dan abi @ umi.insyaALLAH.
Sudah hampir jam 12 malam. Esok saya perlu pulang ke rumah sempena raya. Rindu rasanya pada keluarga saya yang tercinta..Ini adalah sedikit yang dapat saya coretkan pada malam ini. Tidak puas rasanya berhenti tanpa dapat menyelesaikan tulisan ini. Namun begitu saya harus memberi ruang kepada diri saya untuk berehat memandangkan perlu bangun untuk bersahur dan bertolak pulang ke rumah awal pagi esok. Untuk sesi lain saya akan menyambung kembali mengenai huraian buku ini. Harapan saya ialah supaya sahabat-sahabat juga memiliki buku yang dicadangkan ini. ”bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”.Sekian.
”Yang baik itu datang dari ALLAH s.w.t, segala kekurangan itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri”
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir Batin.
Yang Ikhlas ;
Mohd Noorasaari b. Basri
12.04 a.m , 28 september 2008
p/s : Nantikan sesi refleksi akan datang. Pada ida, tolong jaga dengan baik buku saya.(”,)
Rancangan BLOG bersama ustaz Hasrizal di Tv1 Pada 28hb september 2008.
"Erti Hidup Pada Memberi"