Wahai budak akaun sekalian

mane lh perginya bdk2 akaun y skema nie...
dok umah stady jea keje...
tau lh dh jd super duper senior..
dh jd senior kepada senior2 yang ada..
aktif lh skit...
bersukan ke..
ape kate kuar main bowling ke..
best jgk...
dinner pn xtau lg kat mn..
rashid pn malas nk cr tempat dh..
datin miza senyap jea..
xydp arie pn diam jgk..
ayopoo...
pape pn slmt kembali jadi skema kat upsi...

Syurga cinta



Syurga Cinta! Itulah filem pertama yang bakal dilakonkan oleh
Heliza Helmi sebagai Heroin dan Awal Ashaari sebagai Hero..Heliza akan memulakan penggambaran pada 24/6 ini. Sedikit Sinopsis untuk Syurga Cinta Irham, berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.


Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut???
Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya terjawab dalam SYURGA CINTA....


Sape y xtgk lg tgk lh kat Pawagam Nanti

Perjuangan kita...


Salam pembuka bicara.

“Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”

Secara sedar atau tidak kita telah pun melangkah ke tahun yang ketiga pengajian sebagai seorang mahasiswa-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perjalanan yang cukup panjang namun dirasakan begitu singkat dilalui.

Teringat saya ketika pertama kali menjejakkan kaki di Universiti. Kagum. Bagaikan tidak percaya menjadi seorang mahasiswa. Ini kerana bukan semua orang diberikan peluang oleh sang Pencipta untuk mendapat kebahagian tersebut.

Pengalaman seminggu semasa Minggu suaikenal masih dalam ingatan saya. Bila berhadapan dengan pelajar baru ambilan disember 2008/2009, saya seolah-olah turut berada dalam diri mereka. Melalui pengalaman ketika menjejakkan kaki di menara gading. Megah. Namun itu kisah lama.

Masa sememangnya tidak akan menunggu kita. Jauh sekali untuk berhenti walaupun sesaat. Katanya ia sangat berharga. Benar. Itulah yang dilalui oleh kita semua. Saya cuba menilai semula segala perjalanan kisah hidup sepanjang di sini. Hanya tinggal 3 semester sebelum praktikum menanti. Apakah yang dapat dilakukan dengan masa sesingkat ini?

Cuma satu yang bermain difikiran saya pada ketika itu. Belajar bersungguh demi memenuhi hasrat keluarga tercinta. Namun pada masa yang sama saya terfikir. Adakah hanya dengan masa yang berbaki ini dihabiskan dengan mentelaah pelajaran sahaja?

Berfikir seketika. Saya teringat dengan kata-kata mantan Yang diPertua saya ketika di KHAR.

Belajar sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita seorang guru yang berjaya. Apa yang lebih penting adalah pengalaman yang dilalui dalam kita mencari ilmu untuk belajar.
Katanya cukup mudah. Namun cukup bererti. Pengalaman menyertai aktiviti, program dan persatuan memberikan pengalaman yang cukup bermakna dalam menjadikan seorang bakal guru yang serba boleh. Tidak hanya tahu untuk memberikan ilmu bahkan mahir dalam pelaksanaan pentadbiran sesuatu program.







Kita tinggalkan seketika mengenai hal tersebut. Ini kerana apa yang saya ingin sampaikan jauh lebih penting lagi. Ianya mengenai semangat kebersamaan. Kebersamaan yang saya maksudkan ialah keinginan untuk bersama-sama dalam aktiviti yang dianjurkan. Saya focuskan kepada aktiviti yang dilaksanakan di bawah persatuan ”underground” kita. Seharusnya kita ada perasaan untuk mencipta kenangan bersama teman-teman. Saya terlihat betapa pentingnya semangat ini. Sungguh.

Ini kerana perjalanan kita di sini cukup pendek pada perkiraan saya. Kenangan hanya akan dirasai sendiri. Bukan dibeli. Kenangan bersama teman-teman itulah yang akan dirindui tika melangkah di alam pekerjaan. Semua itu tidak akan dapat dicari lagi. Hargai masa-masa yang ada untuk kita bersama-sama mencipta nostalgia. Kerana saya percaya suatu masa nanti saat itulah yang paling di kenang kelak. Hargai apa yang kita lalui bersama.

Sekian.

Persahabatan yang tiada tandingan.

Wasalam.

Aktiviti budak acc sem 6 bagi sesi 2009

Family day

Pengarah program : Mohd firdauz
Timbalan pengarah : Nurul Afidah

Cadangan tarikh : 8 feb 2009
Cadangan tempat : kolam air panas, sungkai


Kejohanan tempin bowling

Pengarah program : Mohammad Hafizalmi
Timbalan pengarah : Nur syifa

cadangan tarikh : bulan Mac
cadangan tempat : One Utama Damansara

p/s : perjumpaan seterusnya akan dimaklumkan kemudian

aku budak akaun

blog ni saje2 jea buat nk kumpul dak2 akaun yang skema yang ade kat upsi nie..so sape2 rase dia bdk akaun leh ah tinjau2 blog nie..