Syurga cinta



Syurga Cinta! Itulah filem pertama yang bakal dilakonkan oleh
Heliza Helmi sebagai Heroin dan Awal Ashaari sebagai Hero..Heliza akan memulakan penggambaran pada 24/6 ini. Sedikit Sinopsis untuk Syurga Cinta Irham, berusia lewat 20-an anak kpd Tan Sri Zakaria dan Pn. Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lg. Dia telah bersekolah dan berkerja di sana utk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.
Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupum hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan 'misi'nya. Melihat 'ketulusan' Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang.
Irham pula sedikir sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari dia telah menunaikan tanggunjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma "suka-suka" dan bukanya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.


Bagaimana Irham menangani perasaaan tersebut???
Berjayakah Irham memenangi hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku??
Segalanya terjawab dalam SYURGA CINTA....


Sape y xtgk lg tgk lh kat Pawagam Nanti

8 ulasan:

Tanpa Nama 11 April 2009 pada 12:12 PG  

poyo ja dak akaun nie... sume jiwang macam YDP dia. dah ar YDP sombong. senyum pun susah... SAY NO 2 JIWANG...

boikot 11 April 2009 pada 12:23 PG  

yealh 2 rashid...
ko mmg suka bangkang kawan sdiri..
mane pnh nk sokong kawan sdiri...
xptt..xptt

sygmamasygpapa 11 April 2009 pada 12:42 PG  

heliza yg cun berlakon eh...
hahaha...

oh heliza,
kawe mkn xknyg
tido dok lena
mandi dok basoh
oh heliza......

aku YDP yg sombong 11 April 2009 pada 1:47 PG  

wakakaka..
best siot cite nih
aku yg xde perasaan pn layan cite nih
feeling jek tgk..

aku YDP yg sombong?
mmg pon.so what?

Tanpa Nama 11 April 2009 pada 12:00 PTG  

amboiii...
apsal plak nm ak naek tb2...
ak bukak blog dak2 akaun pon jarang...
adoiii...
ssh jd ensem mcm ak nie...
ampeh tul...


rashid ensem...

aya saffiyah 11 April 2009 pada 1:31 PTG  

salam..
best gakla crta ni..
w/pun mak bpk x bagi p panggung..ana p jgk..maaf ya mak bpk..
ana sbnrnya nk tgk,mcmn jln crta film m'sia yg dikatakn m'punyai unsur dakwah ni.. begi2la rpnya film dakwah m'sia, dakwah ringan..tp kla..at least ada usaha kearah i2..
ana ttarik dgn watak2 wanita yg dwujudkn..kalo dlihat dlm film ni..wanita ni bole m'bw kebaikan n keburukan..makruf n mungkar..b/mn seorg wanita blh m'ubah seorg llki yg beg2 buruk akhlaknya m'jd seorg llki yg baik..wanita ibarat kaca, susah disentuh n hanya yg mampu blh memilikinya...beg2la perihal seorg wanita..n lbh indah lg sekirany m'jadi seindah hiasan, wanita solehah..amin..
tp..dlm film ni jgk dlihatkn b/mn dgn mudahny wanita ni dpermainkan..ana bg2 tkesan skali dgn scene ktk syuhada dp'mainkn oleh ke3 llki d restoran..yg llki pula bg2 tggi skali egonya..sggp melukai org yg dsayangi demi egony yg tggi..erm..sbnrnya, p'ajran dr scene ni..wanita kena pndi jg diri..kan dlm islam x leh kuar tanpa muhrim..kan dh nmpk kesannya..mdh saja dp'mainkan..lg 1,kalo llki 2 baik dia akn p'thnkan kita wanita..tp xpala,i2la film yg m'beri kita mesej t'sirat yg bole kt fikirkn s'diri..koklusiny..carilah jodoh yg ke3..i'ALLAH..amin..
sbnrny..byk yg ana nk kongsi ttg film ni..kalo ada ms ana share plak dr aspek lain..:)

ASALAMUALAIKUM..

maha 11 April 2009 pada 2:17 PTG  

btl 2 kak aya...
lepas ni sy wat crite pasal pmpn mainkan perasaan laki plak..
hehehe..
pape pn pilih lh jodoh y ke 3...

Tanpa Nama 13 April 2009 pada 3:47 PTG  

saLam..
tuL tu kak ya..maLeknOr sOkong kak ya...hehe

oOooo..mak bpk dia x bagi p panggung..tp dia p jgk..
ish3...
sEkali sekaLa xPE...huhuuhuh

---maLek nOr--

aku budak akaun

blog ni saje2 jea buat nk kumpul dak2 akaun yang skema yang ade kat upsi nie..so sape2 rase dia bdk akaun leh ah tinjau2 blog nie..